Setelah lama sudah tidak menulis di blog,harini saya memikirkan sudah masanya untuk diri ini kembali semula ke lapangan ini untuk terus memberikan pengisian dakwah terutama kepada generasi muda agar mereka dapat menghayati maksud islam yang sebenar.
Kalau kita lihat generasi muda hari ini semakin menjauhi islam,janganlah kita juga mengambil pendekatan yang sama.Ada di kalangan mereka yang menjauhi islam bukan kerana islam itu sendiri,tapi disebabkan oleh akhlak buruk segelintir daripada para pendakwah islam.
Para pendakwah sepatutnya sedar dan melihat kepada realiti ketika berhadapan dengan generasi muda hari ini.Dalam perkara yang tidak perlu kita keraskan,kita boleh lembutkan.Tidak salah kita berlembut asalkan bukan dalam perkara prinsip.Janganlah para pendakwah menjadi seperti polis yang kerjanya hanyalah mencari salah orang,sebaliknya para pendakwah islam harus mempelbagaikan cara bagi mengajak dan membawa generasi muda kepada islam.
Akhir sekali,terima kasih kepada semua yang telah memberikan semangat kepada saya untuk kembali ke lapangan penulisan ini.Tidak lupa juga terima kasih kepada seorang teman yang sudi memberikan masanya untuk memberikan wajah baru kepada blog saya ini.Diharapkan,selepas ini saya akan terus istiqamah menulis walaupun kesibukan akan sentiasa datang dalam hidup ini.Semoga Allah menerima segala amalan baik yang kita lakukan.InshaAllah..