Manhaj

GEMPAR!!BENARKAH AQIDAH KITA??
Ramai daripada kita hari ini mengaku mereka bermazhab syafie dalam bab fiqh,tetapi di dalam masa yang sama mereka mengingkari Al-Imam As-Syafie dalam beraqidah.Ternyata masyarakat kita pada hari ini begitu jauh sekali dengan pegangan aqidah salafus soleh.


Tahukah kita bahawa pegangan Imam Syafie Rahimahullah ialah aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah yang berada di atas manhaj salafus soleh dan bukan seperti pegangan masyarakat kita hari ini?Di dalam kitab Tajrid at-Tauhid al-Mufid,seorang ulama as-syafieyah bernama al-Makrazi menjelaskan tentang tauhid Rububiyah dan Uluhiyah(atau dikenali oleh masyarakat malaysia sebagai tauhid wahabi).Beliau berkata:


"Tidak diragukan bahawa kaum musyrikin tidak mengingkari tauhid Rububiyah ,bahkan mereka mengakui,bahawa Allah jualah yang mencipta mereka,yang menciptakan langit dan bumi.Dan yang mengurus urusan seluruh alam ini.Yang mereka ingkari ialah tauhid Uluhiyyah.Oleh itu,tauhid Rububiyah adalah tauhid yang disepakati oleh seluruh makhluk baik yang beriman mahupun yang kafir,sedangkan tauhid Uluhiyyah ialah di persimpangan jalan yang memisahkan antara kaum mukminin dan kaum musyrikin".


Di dalam Siyar A'lam Nubala' karangan Imam Az-Zahabi Rahimahullah,beliau meletakkan perkataan Imam Syafie yang berkisar tantang persolan Asma' wa Sifat.Perkataan Imam As-Syafie ini telah dinaqalkan oleh seorang murid kanannya yang bernama Ar-Rabi' Bin Sulaiman rahimahullah.Beliau berkata,


"Kami menetapkan sifat-sifat Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan kami juga meniadakan penyerupaan sebagaimana Allah meniadakan penyerupaan itu dari diriNya di dalam firmannya:(tidak ada suatu pun yang sebanding denganNya(ZatNya,Sifat-SifatNya,Dan PentadbiranNya) dan Dialah yang Maha Mendengar,lagi Maha Melihat)Surah as-Syura 42:11


Ada lagi beberapa hujah yang jika diletakkan mungkin terlalu banyak.Yang pasti,Aqidah Imam As-Syafie ialah aqidah di atas manhaj salafus soleh.Kepada mereka yang mengaku bermazhab Syafie,marilah kita mengikuti dan berdiri di atas manhajnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan